Gratisan Musik
border=0>







Hari Terbuka ( Kelas 1RK2 )
Posted on Khamis, 28 Julai 2011| ? 0 Boboiboy
Alhamdulillah, pada hari ini selesai sudah Majlis Hari Terbuka bagi semester pertama tahun 2011. Secara keseluruhan, majlis Hari Terbuka ini berjalan dengan baik dan lancar. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam memastikan kelancaran Hari Terbuka ini terutamanya kepada guru-guru kelas, runner-runner dan semua yang membantu sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

Melalui pemerhatian admin sendiri, terdapat beberapa perkara yang perlu diperbaiki dan diatasi bersama antaranya ialah masalah gangguan dari pelajar-pelajar lain. Terdapat beberapa kelas terutamanya bagi kelas menengah bawah yang bising sewaktu guru kelas sedang berbincang dengan penjaga atau ibu bapa yang hadir.. Hal ini sangat mengganggu proses perbincangan..Cara mengatasi masalah ini mungkin kita boleh memperbanyakkan lagi tugasan bagi mengawal pelajar. Selain itu,terdapat juga aduan dimana pelajar-pelajar lain berkumpul beramai-ramai di belakang cikgu semasa proses perbincangan..Kes ini berlaku dalam Tingkatan 1..mungkin kerana pelajar-pelajar ini masih belum faham dengan suasana hari terbuka..Insyaallah, selepas ini guru boleh terangkan dengan baik kepada pelajar-pelajar apa yang boleh atau tidak boleh mereka lakukan apabila Hari Terbuka..
Kelihatan seorang guru sedang menunjukkan slip peperiksaan kepada ibu yang hadir..

Dari segi kehadiran ibu bapa pula, terdapat beberapa kelas yang kehadiran ibu bapanya baik tetapi ada juga kelas yang jumlah ibu bapanya yang hadir agak kurang memuaskan.Bagi pemberian insentif kepada pelajar di hadapan kelas pula, ternyata cara ini sangat baik dan dapat memberi semangat untuk pelajar-pelajar lain berusaha dengan lebih gigih disamping sebagai tanda penghargaan pihak sekolah kepada pelajar-pelajar yang berjaya. Terima kasih diucapkan kepada unit peperiksaan.. 


Pemberian insentif kepada pelajar dihadapan kelas bersama ibu bapa
 dapat menaikkan semangat pelajar untuk terus berusaha..

Sebagai penutup..insyaallah..sama-sama kita fikirkan penambaikan bagi segala permasalhan yang timbul..Akhir kata dari pihak admin bersama-samalah kita berusaha dalam meningkatkan mutu kerja kita dalam setiap aspek demi kecemerlangan anak bangsa sama ada dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek..insyaallah
<<<
The Owner

glitter-graphics.com  photo bba5c549-320e-49a9-85f0-4003a41ba18c_zpsb308c0b1.jpg
Assalammualaikum, Welcome Here ! Be Nice and I'll do the same ^^.

Mohamad Faizal Bin Hasan 15 teen ^v^ Milik ALLAH :D
The Best Gift You Can Give To Someone Is DU'A ^^ ≧◠◡◠≦✌
 photo 37f28f44-53c2-4a29-a3d5-2061390077d8_zps903675d8.jpg  photo 2a664f4e-01b4-4cba-883e-15fe30ec6ef0_zps6bd6cd66.jpg  photo 96ec40af-1074-4234-82e9-71c8b1507e54_zps01a73180.jpg  photo d9d0b9bb-ca8a-4f41-af57-380a5e04ac6d_zps760c4b08.jpg  photo 997be06c-b68b-4834-9ffb-016aabbe0f39_zpsbb3abfbf.jpg  photo 22b193e9-2da2-43ce-ba8a-e8461d268fe4_zpsc7950c9b.jpg  photo b6690a82-4e2c-4d62-9f16-a30a64b8ba2a_zps84a6e42d.jpg  photo a323d673-d13f-4008-889f-79eea9366ae9_zpsd9eea846.jpg